Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayunya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRITIKAN SASTERA MELAYU

KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama.  Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah.

SASTERAKarya
SINGGORA

SINGGORA, kerajaan Melayu Islam yang pernah wujud pemerintahannya selama beberapa ratus tahun di selatan Thailand.  Kini, ia merupakan salah sebuah wilayah Melayu-Islam dan lebih dikenal dengan sebutan Siam sebagai Songkhla.  Sejarah awalnya dikaitkan dengan sebuah tempat yang dipanggil Chih’tu atau Tanah Merah dalam catatan tradisi awal China pada abad ke-6 M. dan abad ke-7 M.  Singgora juga disebut dengan berbagai-bagai nama dan ejaan seperti Singor, Sangora, Sanjura, Senggora, Sung-kra dan Sung-k’a.  Sejarah Melayu merakamkan serangkap pantun mengenai Singgora.  “Telur itek dari Singgora”.  Namun begitu, seperti juga nasib negeri-negeri Melayu yang lain di utara Semenanjung Tanah Melayu yang menerima pengaruh penjajahan Siam, nama Singgora dan budaya Melayunya semakin luput.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas