Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.bih.le.bih] | ملبيه-لبيه

Definisi : berbuat lebih drpd yg sepatutnya (drpd orang lain), menambah supaya lebih: kamu janganlah ~ sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEBAI MALANG

LEBAI MALANG, cerita yang tergolong dalam cerita jenaka. Di Barat, cerita ini dikenal sebagai jest, humorous anecdotes, merry tale atau schwank (Jerman). Dalam kategori Winstedt, cerita ini digelar sebagai farcical tale iaitu cerita yang memperbesar dan melebih-lebihkan fiil dan sifat seseorang dengan tujuan untuk menimbulkan kelucuan dan sindiran. Cerita Lebai Malang dengan lebih khusus tergolong ke dalam cerita jenaka yang mempersendakan sifat tamak dan nasib malang seseorang.

SASTERAKarya

Kembali ke atas