SEKENDI | Sekendi ialah mana-mana satu daripada melebihi 25 spesies burung randuk yang terdapat di kawasan panas di seluruh dunia. Burung ini berbeza-beza panjangnya dari 48 sentimeter hingga 110 sentimeter. Ia mempunyai leher yang panjang, kaki yang panjang, dan paruh yang panjang kurus yang melengkung ke bawah. | UMUM | |
BIJIH TIMAH | Batu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
ALOE | Aloe ialah nama kumpulan yang terdiri daripada melebihi 200 tumbuhan berdaun tebal yang berasal daripada Timur Tengah, Madagascar, dan selatan Afrika. Ia sering ditanam di kawasan beriklim panas. Aloe berkaitan dengan lili, walaupun kedua-duanya sangat berbeza dari segi rupa. | UMUM | |
TASIK TE ANAU | Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344 kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64 kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang panjang yang menganjur ke luar ke arah pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik ini, merupakan tempat percutian yang popular. Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki yang mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New Zealand (peta rupa bumi). | UMUM | |
SUNGAI YENISEY | Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093 kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik. Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan, sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka. | UMUM | |
GAS MASAM | Gas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industri | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GAS MANIS | Gas yang masih mengandungi gas hidrogen sulfida (H2S) dalam kuantiti yang melebihi had penerimaan industri | KEJURUTERAAN | Konsep |
SFEROID | Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya. | UMUM | |
TALI | Tali diperbuat daripada lembar benang atau dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara 4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang diperbuat daripada lembar benang. | UMUM | |
RIBUT PASIR | Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang diterbangkan angin tidak naik melebihi 50 sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata diameter butir pasir yang dibawa oleh angin adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter. Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam. | UMUM | |