Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ga.kan] | ملݢاکن

Definisi : 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaan­nya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ga.kan] | ملݢاکن

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lega (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan lapang, luas, lebar, selesa, sempit,

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan lapang, tenteram, tenang, senang hati,

Kata Terbitan : melegakan, kelegaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASPIRIN

Aspirin, juga dikenali sebagai asid asetilsalisilik ,

ialah salah satu ubat yang paling biasa digunakan

di dunia. Ia membantu melegakan sakit akibat

pening dan artritis dan mengurangkan demam

akibat infeksi. Ia juga melegakan radang yang

disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Di

samping itu, aspirin mengganggu pembekuan

darah, dan dengan itu ia berguna bagi mencegah

serangan jantung, sesetengah strok dan

gangguan-gangguan lain yang melibatkan

pembekuan darah. Ia adalah ramuan aktif dalam

banyak jenama dagang, pelega sakit tanpa

preskripsi.

UMUM 
MORFIN

Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan

untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan

untuk mengubati beberapa masalah perubatan

yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin

kerana ia membuatkan mereka merasa lebih

bahagia.

UMUM 
AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional

Cina purba untuk melegakan kesakitan dan

mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara

mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan.

Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan

terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa

semula jadi utama yang dikenali yin dan yang .

Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan

imbangan ini.

UMUM 
MEDITASI TRANSENDENTAL

Meditasi Transendental ialah kaedah

melegakan ketegangan tubuh badan yang sangat

popular pada tahun 1970-an.

UMUM 
PALANG MERAH

Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas

untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih

daripada 170 buah negara mempunyai persatuan

Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan

kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau

bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh

dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka.

Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan

semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk

semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan

agama.

UMUM 
KODEINA

Kodeina juga dikenali metilmorfin, ialah

sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan

kesakitan dan batuk.

UMUM 
SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat (NaHCO3), juga dikenali

sebagai serbuk penaik atau natrium bikarbonat

ialah pengalkali perut dan melegakan kerengsaan

kulit. Soda bikarbonat adalah sumber karbon

dioksida dalam serbuk penaik dan sesetengah

pemadam api.

Lihat juga Serbuk penaik.

UMUM 
PLASEBO

Plasebo ialah sejenis bahan yang kadangkala

digunakan oleh doktor sebagai ubat walaupun ia

tidak mengandungi sebarang ramuan bahan yang

aktif. Plasebo boleh melegakan pesakit dan ada

kalanya menyembuhkan pesakit. Plasebo kelihatan

sama seperti dadah biasa, tetapi biasanya hanya

mengandungi larutan gula atau garam. Doktor ada

kalanya menggunakan plasebo sebagai dadah biasa

kerana mendatangkan kesan positif terhadap kira-

kira 30 peratus pesakit. Pembaikan hasil

penggunaan bahan bukan aktif ini dikenali sebagai

kesan plasebo.

UMUM 
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 
NARKOLEPSI

Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang

menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan.

Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur

beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup

tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui

sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca

daripada keturunan. Doktor boleh melegakan

masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit

narkolepsi tidak dapat disembuhkan.

UMUM 

Kembali ke atas