| MARSUPIAL | Marsupial ialah mamalia yang melahirkan anaknya dalam keadaan belum matang. Anak yang baru lahir membesar dalam keadaan melekap pada salah satu puting ibunya dan mendapat makanan semata-mata daripada susu ibunya. | UMUM | |
| SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
| ARBORVITAE | Arborvitae ialah nama pokok malar hijau tertentu yang merupakan tumbuhan asli timur Asia dan beberapa bahagian Amerika Utara. Pokok ini mempunyai daun kecil bak sisik yang tumbuh melekap pada dahan. Ia mengeluarkan banyak kon kecil. Oriental arbovitae , spesies yang merupakan tumbuhan asli di utara China, ditanam di sesetengah taman. Pokok ini tumbuh setinggi 12 meter, tetapi ramai pekebun mencantasnya sampai tiga meter atau kurang. Dua spesies arborvitae Amerika Utara biasanya dikenali sebagai sedar putih utara dan sedar merah barat . Pengelasan saintifik. Arborvitae terdiri daripada genus Thuja dalam famili sipres, Cupressaceae . Arborvitae oriental ialah Arbutus unedo . | UMUM | |
| SIPUT UNAM | Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput unam ini melekap pada batu-batan di antara paras air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira 4 sentimeter. | UMUM | |
| POSUM | Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya semasa melekap pada puting ibunya. Seperti kebanyakan marsupial, anak posum membesar semasa dikendong ke sana sini dalam kantung pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ). | UMUM | |
| SAKAT | SAKAT (Asplenium nidus daripada famili polypodiaceae), tumbuhan epifit yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan orkid, paku-pakis, herba atau pokok renek yang memanjat secara melekap pada pokok besar. Tumbuhan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti sakat batu, sakat bawang dan sakat gajah. | BUDAYA | Flora dan Fauna |