PAKU | Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan untuk melekatkan sekeping papan dengan papan yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit. | UMUM | |
PEREKAT | Perekat ialah bahan yang melekatkan permukaan. Perekat, yang termasuk bahan seperti simen, epoksi, glu dan pes, digunakan dengan meluas dalam industri dan di rumah. Ia memainkan peranan penting dalam pembuatan kapal terbang, kereta, buku, dan perabot dan dalam pembinaan bangunan dan jalan raya. Ramai orang menggunakan epoksi dan glu untuk melakukan kerja pembaikan mudah di rumah. | UMUM | |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
REMORA | Remora ialah ikan yang mempunyai penyedut di atas kepalanya yang digunakan untuk melekatkan dirinya pada haiwan laut yang lebih besar. Remora hidup di laut panas hingga ke laut tropika. Panjangnya kira-kira 15 sentimeter hingga 110 sentimeter. | UMUM | |
TENDON | Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat, yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih. Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh manusia (gambar: Ligamen dan tendon). | UMUM | |
MUSILAJ | Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit, yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca. Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji) dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj. Lihat juga Gam arab; Glu. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
TERITIP | Teritip ialah kerang-kerangan air masin yang melekat pada objek dalam air. Teritip didapati pada cerucuk dermaga, batu-batan, penyu, paus, dan bahagian bawah kapal. Jurutera marin telah menghabiskan banyak masa membuat eksperimen untuk mencari cara mencegah teritip daripada melekatkan dirinya pada kapal dan dermaga. | UMUM | |