| TARBIL | Tarbil ialah mesin perang yang melemparkan objek seperti lembing atau batu atau melontarkan benda berat yang besar terhadap pertahanan musuh. Terdapat dua jenis utama tarbil: bukan kilasan dan kilasan . Tarbil bukan kilasan berfungsi seperti panah raksasa, yang kuasa lontarannya datang daripada serat regang yang dilepaskan. | UMUM | |
| TEMBAK CAKERA TANAH LIAT | Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan apabila seseorang menembak cakera tanah liat yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak cakera tanah liat menggunakan senapang patah yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira 500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang dinamakan perangkap melemparkan cakera ke udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer sejam. | UMUM | |