PELENGKAP | unsur yang hadir selepas sesuatu kata kerja tak transitif untuk melengkapkan ayat. | BAHASA | Konsep |
TAHUN | Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria, ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua laluan matahari melalui “ekuinoks musim bunga” yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat. Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau tahun kalendar kita. | UMUM | |
POSUM | Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya semasa melekap pada puting ibunya. Seperti kebanyakan marsupial, anak posum membesar semasa dikendong ke sana sini dalam kantung pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ). | UMUM | |
ARMADA | Armada, sekumpulan kapal yang termasuk di dalamnya kapal terbang yang melengkapkan sesebuah angkatan perang. | BUDAYA | Konsep |
SMITH | Smith ialah nama keluarga dua bersaudara Australia yang membuat penerbangan pertama antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama James Bennett dan Wallace Shiers, menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28 hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria kerana kejayaan mereka. | UMUM | |
SULGRAVE MANOR | Sulgrave Manor ialah sebuah estet di Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai tempat tinggal nenek moyang George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence Washington membina rumah manor tersebut pada tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun perdamaian antara Great Britain dengan Amerika Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut dengan perabot dan membaiki bahagian dalam bangunan itu. | UMUM | |
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA | EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK). | BAHASA | Bahasa |