Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1. menebus atau membayar (niat, hutang, dll); ~ hutang membayar (melunas­kan) hutang; ~ malu Mn menebus malu (mengahwinkan anak kemanakan); 2. men­cukupi, memadai, berpadan dgn: sedang upah sawah itu kadang-kadang sama dgn kehasilan yg diperdapat, bahkan kadang-kadang rugi, dan kadang-kadang tidak ~ belanja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pa.si] | ملڤسي

Definisi : 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS

Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai

seorang atau dua orang pemain pada setiap

gelanggang, yang menggunakan raket untuk

memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi

jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata

yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain

cuba memungut mata dengan memukul bola supaya

pemain lawan gagal mengembalikan bola itu

melepasi jaring ke dalam gelanggang.

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
PINGPONG

Pingpong ialah permainan dalam dewan yang

menyerupai permainan tenis. Pemainnya

menggunakan raket yang dikenali sebagai raket

atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring

yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain

memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat

mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong

boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika

dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali

sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh

empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai

beregu .

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
KELOID

Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka

yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai

bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas

permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal

pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran

berlebihan tisu penghubung berserabut pada

dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul

selepas kulit cedera akibat laserasi atau

pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan

spontan. Keloid boleh dibuang melalui

pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula

beberapa minggu atau bulan kemudian.

UMUM 
SPRUS

Sprus ialah nama biasa bagi genus pokok malar

hijau yang mengeluarkan kon dalam famili pain.

Lebih kurang 50 spesies pokok sprus berasal dari

Hemisfera Utara. Sesetengah sprus tumbuh

melepasi Bulatan Artik. Yang lain tumbuh di selatan

sejauh Pergunungan Pyrenees di Eropah. Di

Amerika Utara, ia tumbuh di selatan sejauh

Carolina Utara dan Arizona.

UMUM 
STAPLEDON, OLAF

Stapledon, Olaf (1886–1950) ialah penulis

fiksyen sains British yang utama. Dia menulis

babad imaginasi masa depan yang dikenalinya

sebagai esei penciptaan mitos. Kisah hebat dan

istimewa ini melepasi ruang dan masa serta selalu

berkait dengan seluruh peradaban.

UMUM 
TENIS PELANTAR

Tenis pelantar ialah permainan tenis yang

berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di

Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada

dua pemain di setiap gelanggang servis dengan

menggunakan bet untuk memukul semula bola

melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar

bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan

dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet

yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong

dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet

tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah

yang berwarna kuning.

UMUM 
LARI BERPAGAR

Lari berpagar ialah acara yang melibatkan larian dan lompatan bagi melepasi 10 set pagar yang diatur di balapan dengan jarak yang sama di antara pagar.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
AMPERE

Ampere ialah unit yang digunakan untuk

mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah

satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik,

dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk

mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per

minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik

mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb

(unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian

litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ).

Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb

per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya

magnetik, yang diukur dalam newton, yang

dihasilkan oleh arus.

UMUM 
12

Kembali ke atas