Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.tus] | ملتوس

Definisi : 1. meledak (gunung berapi, bom, dsb), pecah dgn mengeluarkan bunyi yg kuat: kepulan asap kelihatan bulat-bulat di tempat peluru itu ~; 2. ki bermula (peperangan, pertentangan, persengitan, dll): roman ini dikarang oleh tuan Hamka lama sebelum Perang Dunia Kedua ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.tus] | ملتوس

Definisi : 1 pecah serta mengeluarkan bunyi yg kuat; meletup. 2 bermula (peperangan dll): Peperangan Dunia Kedua telah ~ dlm tahun 1939. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letus
Kata Terbitan : meletus, letusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG BADAR AL-KUBRA

Perang Badar al-Kubra meletus pada 17

Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan

tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir

Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya

peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa

dan merampas harta orang Islam sehingga

memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan

meninggalkan rumah tangga di Makkah al-

Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang

orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan

kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang

jalan perdagangan mereka dari Makkah al-

Mukarramah ke Syam.

UMUM 
PERTEMPURAN CONCORD

Pertempuran Concord berlaku pada 19 April

1775, menandakan pertempuran yang kedua antara

kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam

Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus

berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa

musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah

mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan

jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris

mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di

Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk

memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada

malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera

di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith

untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere

dan William Dawes memberi amaran kepada

penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris

sedang mara.

UMUM 
PERANG PETANI

Perang Petani merujuk kepada pemberontakan

petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada

tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan

pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah

negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir

tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest

dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh

rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima

kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan

memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan

mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai

Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna

hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut

petani.

UMUM 
PERRY

Perry ialah nama keluarga dua adik-beradik yang

menjadi pegawai tentera laut Amerika Syarikat

yang masyhur.

Oliver Hazard Perry (1785–1819), menjadi

terkenal kerana keperwiraannya semasa Perang

1812 antara Amerika Syarikat dengan Great Britain.

Semasa perang meletus, dia seorang leftenan

tentera laut tanpa pemerintahan laut. Perry

menawarkan khidmatnya di Tasik-tasik Besar dan

dia menjadi pemerintah angkatan laut Tasik Erie.

UMUM 
PERTEMPURAN PHARSALUS

Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran

antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan

tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas

menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar

menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di

dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun

terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara

pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang.

Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di

Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera

Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu

melebihi seramai 40 000 orang.

UMUM 
PENENTANGAN TUK JANGGUT

PENENTANGAN TUK JANGGUT, pemberontakan menentang British yang meletus pada bulan April 1915 di Pasir Puteh, Kelantan.  Kebangkitan ini merupakan penentangan terhadap peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British apabila British terlibat dalam pentadbiran Kelantan sejak tahun 1910.  kebangkitan ini dipimpin oleh Jaji Mat Hasan bin Munas, yang lebih dikenal dengan panggilan Tuk Janggut.  Dalam gerakannya, Tuk Janggut mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan, pembesar dan kerabat diraja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
LATIHAN GURU

LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIDisiplin Ilmu
PERJANJIAN GIYANTI

PERJANJIAN GIYANTI (1755), perjanjian yang ditandatangani oleh Belanda dan pemimpin-pemimpin Pulau Jawa untuk menamatkan peperangan di Pulau Jawa.  Peperangan ini berlaku apabila pengasas empayar Mataram, Sultan Agung (1613 – 1646) mangkat.  Mataram menghadapi perang saudara kerana beberapa pihak berebut untuk menaiki takhta Mataram.  Dalam peperangan yang meletus, pihak Belanda campur tangan untuk kepentingan mereka.  Calon-calon yang mereka sokong merebut takhta Mataram akan terhutang budi kepada Belanda dan kemudiannya memberi kemudahan ekonomi dan wilayah kepada Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
MOHAMED NASIR, DATO'

MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977).  Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya.  Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun.  Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SALLEH TAPANG

SALLEH TAPANG, (1927 -      ), pengasas dikit barat.  Nama sebenarnya ialah Salleh bin Haji Ahmad.  Dia lahir di Kampung Tapang Panji, Kota Bharu, Kelantan.  Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan hingga Darjah empat (sebelum Perang Dunia Kedua meletus).  Kemudian dia mengikuti pelajaran agama di Pondok Tuk Guru Haji Wan Ismail, Tapang.

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas