PERAMPASAN | Perampasan adalah melibatkan rampasan kenderaan komersial secara paksaan atau melalui ancaman. Sejak selama beberapa tahun, trak sering dirampas dan kargo yang dibawanya dicuri. Kini, perampasan banyak melibatkan kapal terbang utama yang juga dikenali sebagai perampasan kapal terbang udara atau lanun udara. Sejak akhir tahun 1960-an perampas kapal terbang telah merampas beberapa ratus kapal terbang. Kebanyakan kes tidak melibatkan kematian. Terdapat juga kes-kes perampasan kapal terbang yang melibatkan penumpang terbunuh dan kemusnahan kapal terbang. Sesetengah negara mengenakan denda yang tegas kepada perampas kapal terbang. | UMUM | |
PEMPROSESAN HILIRAN | Proses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TEATER | Teater ialah persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton. Teater melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, teater ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. | UMUM | |
PERTIMBANGAN | Pertimbangan melibatkan pemahaman dan pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan sesuatu perkara yang lain. | UMUM | |
REVOLUSI 1848 | Revolusi 1848 melibatkan satu siri pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman, dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali. Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah desakan untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan; semangat nasionalisme yang meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali, Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ). | UMUM | |
AUTORADIOGRAFI | Teknik surihan radioaktif yang melibatkan penggunaan sebatian bertanda radioaktif yang disertakan ke dalam sel, tisu atau organ terutamanya dalam penentuan lintasan atau pengesanan patologi sel. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
ASMA | Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. | UMUM | |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PERLOMBONGAN ALUVIUM | Cara melombong bijih yang melibatkan bahan aluvium. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
SEL ELEKTROKIMIA | Merupakan sel kimia yang melibatkan perubahan tenaga kimia kepada tenaga elektrik. | KIMIA | Proses/Tindak Balas |