SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN | Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869), pengkritik Perancis yang menjadi pelopor teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi. Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam Literary Portraits (1829–1846), Contemporary Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862) sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863– 1872) sebanyak 10 jilid. | UMUM | |
ZAYN AL-‘ABIDIN IBN ‘ALI | Zayn al-‘Abidin ibn ‘Ali (1936 – ) ialah presiden Republik Tunisia yang ditabalkan pada tahun 1987. Dia lahir di Hammam, Susa dan menerima pendidikan peringkat menengah di Susa. Semasa menuntut, dia melibatkan diri dalam Barisan Pemuda Negara yang menjalankan aktiviti menentang penjajah. | UMUM | |
ZULKIFLI MUHAMMAD, DATO' | ZULKIFLI MUHAMMAD, Dato’, (1927-1964), ahli politik dan penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Dari tahun 1946 hingga tahun 1947, Zulkifli melibatkan diri secara aktif dalam perikatan Pemuda Perak. Dia turut bergabung tenaga bersama-sama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union. Zulkifli melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azahar pada bulan September 1947. Ketika di Mesir dia dipilih menjadi yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Melayu Semenanjung (1948-1950). Antara tahun 1951 hingga tahun 1952, dia dilantik menjadi penasihat persatuan tersebut. Zulkifli juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pelajar-Pelajar Putera Malaya dan Indonesia. Dia turut melibatkan diri dalam pertubuhan pelajar yang lain seperti Pertubuhan Jamaiyyah Syukbanul Muslimin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
OSLER, SIR WILLIAM | Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan salah seorang pendidik perubatan yang terulung. Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model bagi pendidikan perubatan moden di Amerika Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan “pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar seni rawatan amali di sisi pesakit. | UMUM | |
SANITASI | Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit. Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang menolong melindungi diri daripada penyakit. | UMUM | |