PERLINDUNGAN DATA | Perlindungan data ialah menyelamatkan maklumat elektronik yang tersimpan dalam komputer. Perlindungan data termasuklah: (1) perlindungan sah hak awam untuk melihat maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan data komputer, dan (2) perlindungan daripada kecurian, kerosakan perisian (program) dan data yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis kedua perlindungan data dikenali juga sebagai keselamatan data . | UMUM | |
MESHED | Meshed (pend. 1 463 508) ialah salah sebuah bandar terbesar dan pusat keagamaan utama Iran. Bandar ini terletak di dataran subur di sebelah timur laut Iran. Untuk lokasinya, lihat Iran (peta). Pada setiap tahun, ramai orang mengunjungi Meshed untuk melihat kubah emas makam Imam Reza, seorang pemimpin Islam. | UMUM | |
MILAN | Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. | UMUM | |
PENULIS AGAMA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENULIS AGAMA, golongan penulis yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah. Ketika di Timur Tengah, mereka melihat pergerakan pemodenan Islam seperti yang dibawa oleh Muhammad Abduh di Mesir. Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka berusaha untuk memajukan orang Melayu dan ingin membentuk pandangan baru terhadap Islam. | SASTERA | Karya |
SERIGALA BERBULU | Serigala berbulu ialah nama sejenis haiwan besar yang menyerupai serigala yang terdapat di Amerika Selatan. Haiwan ini mempunyai bulu berwarna merah kekuningan dan berwarna gelap di bahagian leher, bahu, kaki dan hidungnya. Serigala ini membesar sehingga 1.5 meter panjang, dan berkaki panjang yang membolehkan haiwan ini melihat atas rumput yang tinggi. Ketinggiannya kira-kira 75 sentimeter pada paras bahu. | UMUM | |
GRES | GRES,1"> kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |