Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melihatnya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI

Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang

digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,

direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang

dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak

sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.

Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada

bahasa atau tingkah laku yang dipercayai

merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi

terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau

gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas

untuk menimbulkan keghairahan seks.

UMUM 
MOLIÈRE

Molière (1622–1673) ialah nama pentas Jean

Baptiste Poquelin, iaitu penulis komedi Perancis

yang paling terkenal. Drama Molière menekankan

prinsip: perbezaan komik antara cara manusia

melihat dirinya sendiri dengan cara orang lain

melihatnya.

UMUM 
API SAINT ELMO

Api Saint Elmo ialah kilauan yang mengiringi

keluarnya elektrik secara tetap daripada objek

tertentu. Ia terhasil semasa ribut petir atau pada

masa lain apabila awan berelektrik, wujud dan ia

boleh dilihat hanya dalam keadaan benar-benar

gelap. Pada masa dahulu, api Saint Elmo biasa

dilihat di sekeliling tiang kapal layar. Hari ini kita

kadangkala melihatnya di sekeliling kipas dan

hujung sayap kapal terbang yang melalui awan

berelektrik. Beberapa orang melaporkan ada

melihat api Saint Elmo di sekitar tanduk lembu.

Nama Elmo adalah daripada Erasmus . Saint Erasmus

dianggap sebagai saint pelindung pelaut-pelaut

Mediterranean.

Lihat juga Kilat (Bentuk kilat).

UMUM 
SHAFI‘I, AL-

Shafi‘i, al- (150–204 H./767–820 M.), pengasas

mazhab Syafi’i. Nama penuhnya ialah Muhammad

ibn Idris ibn al-‘Abbas ibn ‘Uthman ibn Shafi‘i al-

Quraisy ibn ‘Abd al-Muttalib ibn ‘Abd al-Manaf. Dia

juga dikenali juga sebagai Imam Syafi’i. Dia

dinisbahkan kepada Shafi‘i hingga dikenali sebagai

al-Shafi‘i. Ada juga yang menasabkannya kepada

‘Abd al-Muttalibiy dan dikenali sebagai al-Muttalibiy.

Terdapat pula pendapat yang menasabkan al-Shafi‘i

kepada Makkah, tanah kelahiran bapa, datuk dan

neneknya lalu dikenali sebagai al-Makkiy. Namun,

gelaran yang pertama, al-Shafi‘i lebih terkenal. Al-

Shafi‘i lahir di bandar Gaza di Palestin. Bapanya, Idris

berpindah ke sana meninggalkan Makkah semata-

mata untuk melihatnya. Namun bapanya meninggal

dunia semasa ibunya sedang hamil. Selepas ibunya

melahirkannya dan menetap selama dua tahun di

Gaza, mereka berpindah ke Makkah. Di Makkah, al-

Shafi‘i menghafal al-Qur’an semasa berusia tujuh

tahun dan menghafaz kitab al-Muwatta’ ketika

berusia 10 tahun. Dia sering bergaul dengan kabilah

Huzayl, iaitu antara kabilah Arab yang terbaik dari

segi kefasihan bahasanya dan dia banyak mendapat

manfaat daripada pergaulan ini dengan menghafal

syair-syair serta perumpamaan Arab daripada

mereka. Al-Shafi‘i mempelajari fiqh Maliki daripada

Imam Malik sendiri. Di samping itu, dia turut

berguru dengan Sheikh Masjidilharam yang juga

muftinya, iaitu Muslim ibn Khalid al-Zanjiy yang

meninggal dunia pada tahun 180 H. dan Sufyan ibn

Uyaynah al-Hilaliy yang meninggal dunia pada tahun

198 H. serta beberapa tokoh ulama lain. Kemudian

dia berhijrah ke Yaman kerana menerima satu

jawatan yang ditawarkan oleh Mas‘ab ibn ‘Abdullah

al-Quraisy, kadi Yaman. Seterusnya dia berhijrah

pula ke Iraq pada tahun 184 H. Dia belajar daripada

ulama di Iraq dan ulama Hijaz pula mengambil ilmu

daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas