SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |
NEMATOD | Nematod ialah cacing yang halus. Apabila dilihat dari hujung atau dikerat melintang, nematod adalah bulat . Ia juga dinamakan cacing gelang . Badannya biasanya runcing di hujung. Sesetengahnya terlalu kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop, dan yang lain membesar sehingga melebihi 90 sentimeter panjangnya. Kebanyakan nematod jantan lebih kecil daripada nematod betina. | UMUM | |
PITA BRID | Pita brid atau pintalan adalah salah satu daripada cara yang paling mudah untuk menjalin yan atau serat-serat lain. Seseorang yang menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih serat dengan melalukan setiap satunya secara melintang di atas dan di bawah satu atau lebih serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat dengan mesin khas dan alat tambahan pada mesin. | UMUM | |
TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
CARTA BAR | Carta bar,gambar rajah atau perwakilan secara grafik untuk membandingkan kategori data dengan menggunakan jalur atau palang yang sama lebar secara melintang atau menegak. | MATEMATIK | Konsep |
BAHA ZAIN, DATO' | BAHA ZAIN, Dato’ (1939 - ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963. | SASTERA | Konsep |
LATITUD DAN LONGITUD | Latitud dan longitud, garisan yang dilukis pada atlas dan glob. Latitud dilukis secara mendatar (garisan melintang) di atas glob, manakala longitud dilukis secara menegak (garisan bujur). | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
JULI EDO | JULI EDO, (1959 - ) ahli akademik daripada keturunan kaum Semai. Dia lahir pada 29 April 1959 di Kampung Cangkat Kereta, sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran Ladang Ulu Bernam, Hutan Melintang Perak. Bapa Juli bernama Edo a/l Ah Hei ialah anak jati Kampung Cangkat Kereta. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BENGKUNG | BENGKUNG, kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu. Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang. Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm. Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular. Ada kalanya seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris. | BUDAYA | Alat/Alatan |