KAFILAH | Kafilah ialah barisan manusia dan haiwan pengangkut yang panjang yang berjalan melintasi bumi yang tidak dihuni oleh manusia atau tandus. | UMUM | |
ASTRAKHAN | Astrakhan (pend. 510 000) ialah bandar di barat daya Rusia di delta Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Astrakhan menganjur melintasi beberapa buah pulau di delta Sungai Volga. Astrakhan merupakan pusat perdagangan yang penting kerana perhubungan airnya yang baik dengan pelabuhan- pelabuhan di Laut Kaspia dan pelabuhan-pelabuhan Sungai Volga. Perikanan merupakan salah satu perusahaan utama. Kaviar ialah hasil keluaran Astrakhan . Sebagaimana Moscow, yang paling menonjol di Astrakhan ialah sebuah benteng lama yang bernama kremlin . | UMUM | |
SELENE | Selene ialah dewi bulan yang utama dalam mitos Yunani. Dewi Luna orang Rom pula menyerupai dewi Selene. Helios, iaitu dewa matahari ialah saudara lelaki Selene. Setiap hari Helios menaiki pedatinya yang bercahaya melintasi angkasa. Pada waktu malam selepas kepulangan Helios, Selene pula menaiki pedatinya sendiri melintasi angkasa. Sinaran daripada mahkotanya yang keemasan itu menerangi kegelapan malam. | UMUM | |
BOLA TAMPAR | Bola tampar ialah permainan memukul bola berulang-alik melintasi jaring dengan menggunakan tangan atau kepala. Bola tampar adalah salah satu permainan berpasukan yang popular di dunia.
| UMUM | |
KAWASAN LINDUNGAN HUJAN | Kawasan lindungan hujan berlaku apabila laluan angin daratan yang lembap disekat oleh banjaran gunung. Ketika angin menaik untuk melintasi gunung, hujan turun di dataran pantai dan lereng gunung. Angin yang kering kemudian bertiup ke arah pedalaman tetapi hanya sedikit hujan turun selepas banjaran gunung. Kawasan kering yang terletak selepas pergunungan inilah yang dikenali sebagai kawasan lindungan hujan. | UMUM | |
EARHART, AMELIA | Earhart, Amelia (1897–1937?) ialah juruterbang Amerika. Dia menjadi wanita pertama yang menyeberangi Lautan Atlantik melalui udara dan juga wanita pertama yang membuat penerbangan melintasi Lautan Atlantik bersendirian. | UMUM | |
DEATH VALLEY | Death Valley terletak khususnya di timur California tengah, Amerika Syarikat. Sebahagian kecilnya sahaja berada dalam Nevada. Pada tahun 1849, sekumpulan peneroka memberi nama kepada kawasan lembah ini selepas mereka melintasi kawasan lengang dan gersang. Pada tahun 1933, Death Valley menjadi sebahagian daripada Death Valley National Monument. | UMUM | |
SKIT | Skit ialah sukan menembak piring sasaran jenis Amerika. Seperti dalam sukan menembak perangkap, sasaran dilepaskan ke udara daripada perangkap berspring logam. Dua rumah sasaran terletak 38 meter jauhnya. Sasaran dilepaskan dari setiap rumah melintasi tiang tengah antara keduadua rumah ini, dan pada sudut penerbangan yang berbeza agar dapat menjangka kesan tembakan terhadap sasaran bersayap. | UMUM | |
SUNGAI YENISEY | Sungai Yenisey mengalirkan air ke kawasan yang luasnya melebihi 2.6 juta kilometer persegi di Siberia, Rusia. Sungai ini mengalir sepanjang 4093 kilometer bermula dari Pergunungan Sayan di selatan Siberia ke muaranya di pantai Artik. Selepas melintasi kawasan Pergunungan Sayan, sungai ini mengalir ke arah utara. Ia memasuki Laut Kara melalui muara, 320 kilometer di sebelah timur Teluk Ob (Obskaya Guba). Kapal berkuasa stim boleh memudik sehingga 640 kilometer ke hulu Sungai Yenisey hingga ke pelabuhan balak Igarka. | UMUM | |
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY | Terowong Pelabuhan Sydney , di New South Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun, termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik. Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan Ogos 1992. | UMUM | |