Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melodi;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAUNTERPOIN

Kaunterpoin ialah istilah muzik bagi dua atau

lebih melodi bebas yang dimainkan serentak.

Kaunterpoin juga dikenali sebagai polifoni.

UMUM 
MADRIGAL

Madrigal ialah sejenis muzik yang dua atau lebih

suara menyanyikan melodi yang berbeza, dari

sebuah teks. Madrigal pada umumnya dinyanyikan

dengan satu suara untuk satu bahagian tanpa

diiringi sebarang alat muzik.

UMUM 
KANON

Kanon ialah gubahan muzik yang mengandungi

dua atau lebih suara atau alat muzik yang

mengulangi satu melodi.

UMUM 
SONDHEIM, STEPHEN

Sondheim, Stephen (1930– ) ialah

penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal

dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular

melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi

yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia

memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk

drama Sunday in the Park with George (1984).

Dia memenangi Academy Award untuk lagu

“Sooner or Later” daripada filem Dick Tracy (1990).

UMUM 
SCHUBERT, FRANZ PETER

Schubert, Franz Peter (1797–1828) ialah

penggubah muzik Austria yang menulis pelbagai

gubahan muzik yang mengagumkan dalam

pelbagai bentuk. Dia adalah salah seorang

pencipta melodi yang hebat dan mungkin

penggubah lieder (lagu kesenian Jerman) yang

terpenting.

UMUM 
PIANO

Piano ialah alat muzik keyboard yang bunyinya

dihasilkan melalui tali yang dipukul oleh tukul kecil

yang berpad. Piano menghasilkan julat bunyi muzik

yang lebih besar berbanding dengan kebanyakan

alat lain. Dengan piano, pemuzik boleh memainkan

melodi dan harmoni pada masa yang sama. Pemain

piano juga boleh memainkan pelbagai jenis not

yang luar biasa secara kuat dan perlahan, dengan

kelajuan yang tinggi.

UMUM 
ORFF, CARL

Orff, Carl (1895–1982) ialah penggubah dan

pendidik muzik Jerman. Dia menghasilkan karya

utamanya untuk pertunjukan pentas. Karyanya

menggabungkan muzik instrumental, nyanyian,

dan gerak isyarat dan tarian dalam suatu kesatuan

persembahan. Muzik Orff menekankan sesuatu

yang ringkas seperti melodi dan harmoni rakyat.

Dia menggunakan peralatan perkusi untuk

menghasilkan rangsangan irama yang bertenaga.

Orff menggunakan skala Oriental dan Zaman

Pertengahan serta teks dalam beberapa bahasa

yang dinyanyikan secara serentak.

UMUM 
TCHAIKOVSKY, PETER ILICH

Tchaikovsky, Peter Ilich (1840–1893) ialah

penggubah Rusia yang pertama memperoleh

kemasyhuran dunia. Dia merupakan tokoh

pengorkestraan yang mempunyai bakat yang

sangat unggul dalam menggabungkan bunyi

instrumental dan mencapai kesan orkestra yang

merangsangkan. Dia juga memiliki bakat

mengarang melodi yang sangat istimewa.

Tchaikovsky biasanya diperikan sebagai

penggubah muzik yang pada dasarnya penuh

kehibaan. Kebanyakan muziknya sangat

menghibakan, terutama gerak terakhir dalam

Symphony No. 6 yang digubahnya. Walau

bagaimanapun, dia juga mengarang muzik yang

penuh semangat, seperti Marche Slave dan overtur

“1812”; muzik lirik seperti dalam puisi simfoni

Romeo dan Juliet ; muzik balet yang bertenaga

seperti dalam Nutcracker Suite ; dan simfoni yang

berkesan.

UMUM 
SCHOENBERG, ARNOLD

Schoenberg, Arnold (1874–1951), mungkin

merupakan penggubah muzik yang paling

berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama

Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun

1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal ,

iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan

atonal akhirnya membawa kepada pembentukan

sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan

melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan

urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang

dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara

gubahan ini dikenali sebagai serialisme.

UMUM 
BORODIN, ALEXANDER

Borodin, Alexander (1833–1887) ialah

penggubah Rusia. Muziknya menunjukkan

bakatnya dalam melodi, dan perasaannya terhadap

pengorkestraan dan ritma. Gubahan Borodin

yang terkemuka ialah operanya, Prince Igor,

yang kali pertama dipersembahkan pada tahun

1890.

UMUM 
12

Kembali ke atas