PERLOMBONGAN ALUVIUM | Cara melombong bijih yang melibatkan bahan aluvium. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE | Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu rancangan untuk melombong bagi mendapatkan minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland, Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira 5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350 meter di bawah permukaan. | UMUM | |
PULAU KRISMAS | Pulau Krismas ialah wilayah Australia di Lautan Hindi, kira-kira 2500 kilometer di barat Laut Perth. Pulau ini berukuran kira-kira 20 kilometer panjang dan 15 kilometer lebar. Industri utamanya ialah melombong fosfat. Penduduknya berjumlah 3000 orang yang kebanyakannya berketurunan Cina atau Melayu. | UMUM | |
PAM KELIKIR | Pam kelikir, salah satu kaedah melombong bijih timah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
TAYAR | Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong. | UMUM | |
LOMBONG BAWAH TANAH | Lombong bawah tanah, aktiviti melombong yang dijalankan di bawah permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
LOMBONG DEDAH | Lombong dedah ialah salah satu kaedah melombong bahan galian. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
AZURIT | Azurit ialah mineral yang mengandungi kuprum. Formula kimianya ialah Cu 3 (CO 3 ) 3 (OH) 2 . Ia dinamakan azurit kerana warnanya biru azure. Ia biasanya dijumpai bercampur dengan mineral kuprum hijau yang dikenali sebagai malakit . Walaupun ia mungkin merupakan bijih kuprum yang tidak penting di peringkat awal kerja melombong kuprum, azurit digunakan terutamanya dalam barang kemas. Pigmen biru azurit pernah digunakan dalam lukisan. Sumber utama hablur azurit ialah Tsumeb dan Namibia. tetapi, hablur azurit yang paling sempurna datang dari Chessy, Perancis. Lihat juga Mineral (gambar: Azurit). | UMUM | |
PERLOMBONGAN EMAS | PERLOMBONGAN EMAS, kegiatan melombong emas di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu. Negeri-negeri yang dikenali telah mengeluarkan emas ialah Pahang, Perak, Kelantan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu diketahui telah memberikan hadiah yang diperbuat daripada emas dalam bentuk barang buatan ataupun bungkalan. Walau bagaimanapun, tiada rekod tertentu dan lengkap dibuat tentang hasil emas ini kecuali pada tahun 1935. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH | PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |