Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.luas.kan] | ملواسکن

Definisi : menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.luas.kan] | ملواسکن

Definisi : menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APOSISI

Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di

sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh

dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata

ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit

aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif

dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th

President of the United States, was assassinated”

aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was)

axious to escape danger , began to panic” adalah

aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which

was) even frantically , to calm the crowd” adalah

aposisi adverba.

UMUM 
DARIUS III

Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang

terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar

besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad

ke-6 SM.

UMUM 
ORANG SAMNIT

Orang Samnit ialah golongan puak purba di

tempat yang kini selatan Itali. Orang Samnit ini

dikenali terutamanya kerana perlawanannya yang

sengit menentang orang Rom. Orang Rom

meluaskan empayarnya ke wilayah Samnit pada

tahun 300-an S.M. Orang Rom dikalahkan oleh

orang Samnit dalam Pertempuran Caudine Forks,

tetapi pada tahun 290-an S.M., orang Samnit

dikalahkan oleh orang Rom. Kejadian ini dengan

ketaranya mengurangkan penduduk Samnit. Dalam

Perang Sosial pada tahun 80-an S.M., orang Samnit

dihancurkan oleh orang Rom. Orang Samnit

kemudiannya menerima dan mengamalkan adat

resam dan bahasa Rom.

UMUM 
NEGERI-NEGERI SELAT
NEGERI-NEGERI SELAT, gabungan tiga negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang (termasuk Seberang Perai), Melaka dan Singapura. Gabungan ini telah diwujudkan oleh pihak British pada tahun 1826 sebagai lanjutan daripada usaha meluaskan kuasa dan perdagangan mereka di Asia Tenggara. Ketiga-tiga negeri  itu telah diambil lebih awal lagi. Pulau Pinang diambil dari Kedah pada tahun 1786, Singapura diduduki pada tahun 1819 dan Melaka dapat dikuasai selepas Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
NEBUCHADNEZZAR

Nebuchadnezzar ialah nama dua raja Babylon.

Nebuchadnezzar I (memerintah dari tahun

1124 S.M. hingga tahun 1103 S.M.) ialah raja yang

agung dalam dinasti kedua Isin, iaitu jurai raja-raja

Kassite di Babylon. Baginda memperoleh

kegemilangannya dengan membebaskan Babylon

daripada kekuasaan orang Elam dan meluaskan

pemerintahan Babylon ke Elam, sebuah negeri di

utara Teluk Parsi. Pengisahan Nebuchadnezzar

tentang pertempuran Elam ialah dokumen Babylon

purba yang menarik.

UMUM 
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM 
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah

Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda

dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya,

Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa

ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa.

Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang.

Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka

telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan

menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka

berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh

itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di

Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang

berpusat di Melaka.

UMUM 
MONTROSE, MARQUESS OF

Montrose, Marquess of (1612–1650), James

Graham Montrose, ialah penyokong setia raja

Scotland yang terkemuka semasa Perang Saudara

Inggeris pada pertengahan dan akhir tahun 1640-an.

Pada tahun 1644, tentera Ireland dan Highlander di

bawah pemerintahannya memenangi Pertempuran

Tippermuir dengan

menawan Aberdeen dan

memenangi Pertempuran

Inverlochy.

Kemenangannya di Kilsyth

pada tahun 1645 telah

meluaskan kawalannya ke

atas kebanyakan kawasan

di Scotland, mengalami

kekalahan dalam

Pertempuran Philiphaugh

pada tahun yang sama.

UMUM 
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas