Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan, mencelakakan; lucup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.cut.kan] | ملوچوتکن

Definisi : 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucut
Kata Terbitan : melucut, melucutkan, terlucut,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG SIFFIN

Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua

puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah

‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas

perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab

berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu

Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir

yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan

berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka

yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang

merupakan orang yang bersungguh-sungguh

menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya

terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya.

Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin,

lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari.

UMUM 

Kembali ke atas