Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.kis] | ملوکيس

Definisi : 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.kis] | ملوکيس

Definisi : membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELUKIS

Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk

atau imej menggunakan garis atau ton, di atas

sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau

imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan.

UMUM 
SEURAT, GEORGES

Seurat, Georges (1859–1891) ialah artis Perancis

yang telah membangunkan satu sistem melukis

yang dinamakan pointillisme . Di sebalik

menggunakan strok berus, Seurat melukis bintik-

bintik rapat yang berwarna terang dan seragam

saiznya. Jika dilihat dari jarak jauh, bintik-bintik

tersebut kelihatan bercantum dan menghasilkan

warna lain yang sama terang. Pointillisme

menghasilkan bentuk yang telah diringkaskan

hingga ke satu tahap yang menggambarkan lakaran

manusia kelihatan kaku bak robot. Kualiti ini

boleh dilihat dalam karya Seurat Sunday Afternoon

on the Island of La Grande Jatte (1886). Lukisan ini

diterbitkan semula dalam rencana Seni lukis.

UMUM 
TAMAYO, RUFINO

Tamayo, Rufino (1899–1991) ialah pelukis

Mexico yang penting. Dia dikenali kerana caranya

melukis bentuk manusia, haiwan dan alam benda

yang berani dan berwarna terang. Tamayo melukis

dengan cara separa abstrak, dengan mengherot-benyotkan

bentuk supaya kelihatan penuh perasaan.

Lukisannya menggambarkan pengaruh budaya

rakyat, sejarah dan landskap Mexico. Berbeza

dengan pelukis-pelukis terkenal Mexico yang lain

yang seangkatan dengannya, Tamayo jarang

menekankan nasionalisme atau ideologi politik.

Tamayo lahir di Oaxaca, Mexico. Semasa awal

tahun 1920-an, dia bekerja melakar arca purba

Orang Asli Amerika untuk National Museum of

Anthropology di Mexico City. Pada tahun 1930-an

dan awal tahun 1940-an, gayanya telah bertukar

kerana dipengaruhi oleh pendedahannya kepada

hasil kerja pelukis moden dari Eropah, seperti

Georges Braque, Joan Miró dan Pablo Picasso.

Bermula pada tahun 1970, lukisan Tamayo menjadi

lebih abstrak dan berfalsafah, dan sering meneroka

hubungan manusia dengan alam semesta.

UMUM 
PANTOGRAF

Pantograf ialah nama alat melukis mekanikal yang

menyalin, menyurih, atau memotong untuk pendua

reka bentuk, garis kasar peta atau lukisan.

UMUM 
DAKWAT

Dakwat ialah cecair, serbuk atau perekat

berwarna yang digunakan untuk menulis, melukis

atau mencetak. Terdapat beribu-ribu jenis dakwat,

sebahagiannya digunakan untuk mencetak akhbar

dan majalah atau untuk menulis dengan menggunakan

pen mata bulat dan pena.

UMUM 
KANE, PAUL

Kane, Paul (1810–1871) ialah pelukis perintis

Kanada, pelukis penting pertama untuk melukis

Orang Asli Amerika Utara.

UMUM 
AUDUBON, JOHN JAMES

Audubon, John James (1785–1851), orang

Amerika, antara mereka yang pertama mempelajari

tentang burung dan melukis burung di Amerika

Syarikat. Lukisan burungnya yang seakan hidup di

dalam suasana semula jadi telah mendatangkan

kemasyhuran dan kekayaan kepadanya.

UMUM 
RENOIR, PIERRE AUGUSTEp>

Renoir, Pierre Auguste (1841–1919), pelukis

impresionis Perancis yang terkenal dengan lukisan

gadis muda, kanak-kanak, dan potret kemesraan

dalam kehidupan kelas pertengahan Perancis. Dia

gemar melukis kumpulan orang yang sedang

bergembira dalam suasana yang ghairah, dan dia

selalu menggunakan rakan-rakannya sebagai model.

Dia selalu melukis potret isteri dan anaknya.

UMUM 
DAVID, JACQUES LOUIS

David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis

Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis

dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya

dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk

secara mantap berdasarkan bentuk model,

unsur perincian yang realistik, dan komposisi

yang berimbang.

UMUM 
MORISOT, BERTHE

Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis

dan ahli terkemuka dalam pergerakan

impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot

mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama

dengan anak-anak mereka yang

berlatarbelakangkan kehidupan seharian di

rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut

dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe

Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi

wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan

minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air

dan pastel.

UMUM 
123

Kembali ke atas