Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.lus.kan] | ملولوسکن

Definisi : 1. membiarkan lalu, memasuk­kan: ~ benang ke lubang jarum; 2. melucut­kan (gelang, cincin, dll); 3. memperkenankan (permintaan, permohonan, dll), mempersetujui, mengabulkan: beliau telah pun meng­kaji usul itu terlebih dahulu sebelum dilulus­kan utk dibincangkan; kerajaan telah ~ undang-undang itu beberapa tahun dahulu; 4. menyebabkan (menjadikan) lulus (dlm peperiksaan dll); 5. melepaskan diri, mem­bebaskan (diri), melarikan (diri): walaupun dikepung rapi, mereka dapat ~ diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.lus.kan] | ملولوسکن

Definisi : 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dll). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dlm peperiksaan dll). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dll; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya utk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lulus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tembus: lantas, bulus, telus, celus, lalu,

2. Bersinonim dengan terperlus: terperosok, terbolos,

3. Bersinonim dengan terlepas: terlucut

4. Bersinonim dengan berjaya: berhasil, mencapai kejayaan,

Kata Terbitan : meluluskan, lulusan, kelulusan, berkelulusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STAMP ACT

Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British

meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan

diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana

bagi menyokong tentera British yang berpangkalan

di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa

orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan

surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen

minuman keras, lesen undang-undang, bermain

terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan

penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan

mereka.

UMUM 
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
STAR CHAMBER

Star Chamber ialah mahkamah undang-undang

Inggeris pada tahun 1500-an dan 1600-an. Star

Chamber terdiri daripada canselor diraja dan ahli

Majlis Diraja lain, iaitu kumpulan penasihat diraja. Ia

meluluskan penghakiman tanpa perbicaraan oleh juri

dan membuat prosedur, hukuman, dan

pemulihannya sendiri. Mahkamah ini dinamakan

sedemikian kerana ia mengadakan perbicaraan

dalam Star Chamber Istana Westminster di London.

Kini, istilah Star Chamber merujuk kepada mesyuarat

mana-mana mahkamah kehakiman atau pertubuhan

rasmi secara rahsia dan yang tidak dikawal.

UMUM 
STAR-SPANGLED BANNER

Star-Spangled Banner ialah lagu kebangsaan

Amerika Syarikat. Ia ditulis oleh Francis Scott Key

dan dinyanyikan dengan muzik yang digubah oleh

John Stafford Smith. Pada bulan Mac 1931, Kongres

Amerika Syarikat secara rasmi meluluskan lagu ini

sebagai lagu kebangsaan. Walau bagaimanapun,

tentera darat dan laut telah mengiktiraf “ The Star-

Spangled Banner” sebagai lagu kebangsaan

sebelum Kongres meluluskannya.

UMUM 
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847–

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA

LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA, badan yang menapis dan meluluskan filem dan pita video.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
BAHASA RASMI

BAHASA RASMI, ragam bahasa yang digunakan untuk semua urusan rasmi dan pentadbiran negara. Bahasa Melayu mula diberi peranan sebagai bahasa rasmi apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), yang mengisytiharkan bahasa kebangsaan akan digunakan untuk semua urusan rasmi menggantikan bahasa Inggeris.

BAHASABahasa
RESOLUSI KUASA PERANG

Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang

Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi

kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang-

undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih

dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut

Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti

memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48

jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak

dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan

perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak

boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada

90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan

presiden itu atau mengisytiharkan perang.

UMUM 
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan, dan penerbitan dalam bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi kepada badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut.

BAHASAInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas