Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lu.nas.kan] | ملونسکن

Definisi : 1. membayar (hutang dll) hingga selesai, menjelaskan (hutang): hingga saat itu kami belum dapat ~ yuran; orang tuanya banyak menolong melunaskan hutangnya; 2. memenuhi (menunaikan) kewajiban (janji dll): ~ kewajiban; 3. mem­perbaiki kesalahan (dgn membuat jasa dll), menebus kesalahan dll: ~ dosa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lu.nas.kan] | ملونسکن

Definisi : 1 membayar hutang dll hingga habis; menjelaskan; menyelesaikan. 2 menunaikan janji (kewajipan dsb). 3 menebus kesalahan dll: ~ dosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lunas2 (adjektif)
Bersinonim dengan jelas, selesai, langsai, beres, sudah habis, poldan, impas;,
Kata Terbitan : melunaskan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 
PAJAK

PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu.

BUDAYASistem

Kembali ke atas