Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lun.cur] | ملونچور

Definisi : melungsur, mengge­longsor: anak itu ~ drpd pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll): suatu teguran sedia melun­cur drpd mulut ayahnya; ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk mem­bantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lun.cur] | ملونچور

Definisi : 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luncur
Kata Terbitan : meluncur, meluncurkan, terluncur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
SUGAR GLIDER

Sugar glider ialah marsupial kecil di Australia

yang boleh meluncur sehingga 50 meter di antara

satu pokok dengan pokok lain. Ia boleh berlari

merentasi tanah lapang untuk mendapatkan

serumpun pokok lain.

UMUM 
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
NAGA TERBANG

Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi

kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia

Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20

sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi

meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang

mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal

di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok

untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan

musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap”

pada sisi badannya. Pada musim mengawan,

serangga jantan mengembangkan “sayap” yang

berwarna terang untuk menarik perhatian serangga

betina.

UMUM 
KATAMARAN

Katamaran ialah bot bak rakit yang mempunyai

dua badan. Keringanannya dan badannya yang

berkembar, nipis dan dangkal membolehkan

katamaran meluncur melalui permukaan air tanpa

banyak rintangan. Reka bentuk ini berasaskan

perahu tupang yang telah digunakan oleh bangsa

Polinesia dan Melayu selama beribu-ribu tahun.

Katamaran boleh dikuasai oleh layar atau motor.

UMUM 
SUKAN KERETA LUNCUR

Sukan kereta luncur juga dikenali kereta

gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan

berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua

atau empat orang meluncur di lereng yang curam

dengan menggunakan kereta luncur salji yang

diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta

luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150

kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa

keseluruhan yang paling cepat selepas

menghabiskan empat pusingan memenangi acara

ini.

UMUM 
AEROBIK

 Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk

meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di

dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk

berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung,

meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai

orang mengambil bahagian dalam program aerobik

untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta

mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang

sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara

tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

UMUM 
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM 
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 
AUTOGIRO

Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat

daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh

sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang

tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal

terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap

pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro

berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara.

Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang

rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama

enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang

menarik kenderaan itu meluncur di udara.

UMUM 

Kembali ke atas