M | M ialah huruf ke-13 dalam abjad Inggeris. Ia juga merupakan huruf ke-13 dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya mem, yang dalam bahasa mereka bererti air, dan menyesuaikannya dengan bentuk hiroglif atau simbol gambar Mesir untuk air. Orang Yunani menamakannya mu . Lihat Abjad. | UMUM | |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
KERONCONG | KERONCONG, irama muzik hasil gabungan pengaruh muzik Barat dengan gamelan. Keroncong dikatakan bermula di Pulau Jawa pada abad ke-15 sewaktu pengaruh Portugis mula bertapak di kawasan tenggara Asia. Waktu itu, seni muzik gamelan digemari di seluruh Pulau Jawa. Alat-alat muzik Barat telah digunakan untuk memainkan lagu-lagu daerah termasuk gamelan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |