Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.dam.kan] | ممادمکن

Definisi : 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.dam.kan] | ممادمکن

Definisi : 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUIS ELEKTRIK

Suis elektrik ialah peranti yang mengawal aliran

arus elektrik dalam litar. Jenis yang paling biasa

ialah suis togol tindakan sentap yang digunakan

untuk menghidupkan dan memadamkan lampu.

Dalam suis demikian, handal tertebat mengaktifkan

mekanisme tersorok yang menyambungkan atau

memutuskan litar. Apabila suis dihidupkan dua

logam bersentuh dan arus mengalir melalui litar.

Apabila suis ditutup sentuhan terpisah dan aliran

arus terputus.

UMUM 
PERINTAH BERKURUNG

Perintah berkurung ialah satu tempoh dari

siang hari yang membawa ke petang dan

berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud

padamkan apa yang sedang menyala . Pada

permulaan waktu perintah berkurung, loceng

dibunyikan memberitahu penduduk supaya

memadamkan lampu, menutupi api dan tidak

berada di jalan raya sehingga hari siang.

UMUM 
ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.  Alat ini mestilah ringan supaya mudah dibawa dan digunakan..

KIMIAAlat/Alatan
BOMBA

Bomba merupakan salah satu organisasi penting

dalam masyarakat. Bomba, atau Jabatan Bomba

bertugas memadamkan api yang membakar

rumah, kilang, pejabat, bangunan, stor, dan

tempat lain. Ahli bomba menyabung nyawa untuk

menyelamatkan orang dan melindungi harta benda

daripada api. Pekerjaan mereka adalah salah satu

pekerjaan yang paling berbahaya.

UMUM 
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 

Kembali ke atas