PAKAIAN | Pakaian ialah semua jenis pakaian, dan perhiasan yang dipakai oleh orang di seluruh dunia. Seorang Eskimo mungkin sahaja memakai but, seluar panas dan kot tebal, seorang Afrika yang tinggal di sebuah kampung mungkin hanya memakai sehelai kain yang diikat sekeliling pinggang dan seorang jururawat berkemungkinan memakai pakaian seragam dan topi khas. Seorang kakitangan bank di London berkemungkinan memakai sut perniagaan dan topi berbentuk pembaling bola. Setiap orang memakai pakaian yang berlainan, kerana semuanya merasakan perlu memakai pakaian tertentu, sama seperti makanan dan tempat perlindungan, pakaian merupakan salah satu daripada keperluan manusia yang sangat penting. | UMUM | |
ALL BLACKS | All Blacks ialah pasukan Kesatuan Ragbi Kebangsaan New Zealand. Mereka memakai jersi hitam, seluar hitam, dan stoking hitam ketika bermain. | UMUM | |
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NASIR, AL-UMAWIY AL- | Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.) ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam keadaan yatim di bawah jagaan datuknya. | UMUM | |
TINJU | Tinju ialah sukan apabila dua petinju bertarung antara satu sama lain dengan menggunakan penumbuk mereka. Petinju memakai sarung tangan berpad tebal dan bertarung di kawasan segi empat sama, berpagar tali yang dinamakan gelanggang. Perlawanan tinju yang baik antara dua petinju yang setanding memperlihatkan kekuatan dan kemahiran yang pantas, ganas. | UMUM | |
PIN | Pin ialah logam yang pendek dan tajam. Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin sebagai barang kemas. | UMUM | |
SUAMI RATU | Suami ratu ialah suami kepada ratu yang sedang memerintah. Di negara-negara yang membolehkan puteri raja mewarisi takhta kerajaan, suaminya tidak memakai gelaran raja. | UMUM | |
PUNCH DAN JUDY | Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. | UMUM | |
STOKING | Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki. Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas, hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh dan bau kaki. | UMUM | |
OUDTSHOORN | Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah kawasan pelancongan yang terletak di provinsi Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”. Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini, terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang dipelihara terutamanya untuk mendapatkan kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini, peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin, buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting. | UMUM | |