DEPORTASI | Deportasi ialah tindakan sesebuah kerajaan yang memaksa penduduk asing untuk meninggalkan negara tersebut dan pulang ke tempat kelahiran atau tempat kediaman asal mereka. | UMUM | |
DAYA MEMUSAT | Daya memusat ialah daya yang memaksa sesuatu benda bergerak dalam laluan membulat. Mengikut hukum inersia, dengan ketiadaan daya, sesuatu objek bergerak dalam garisan lurus dengan kelajuan yang tetap. Daya luar mesti bertindak ke atas objek itu untuk membuatkannya bergerak dalam laluan yang melengkung. Apabila anda memusing seketul batu yang diikatkan pada benang, anda mesti menarik benang itu untuk menahan batu tersebut daripada melayang dalam satu garisan yang lurus. Daya yang digunakan oleh benang pada objek itu ialah daya memusat. | UMUM | |
DOMAIN NYATA | Domain nyata ialah hak sedia ada sesebuah kerajaan bagi memaksa seseorang pemilik harta untuk menjual hartanya jika harta itu diperlukan untuk kegunaan awam. | UMUM | |
PERNAFASAN BANTUAN | Pernafasan bantuan ialah langkah yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan keluar dari paru-paru orang yang terhenti bernafas. | UMUM | |
AKORDION | Akordian ialah alat muzik jenis lelidah, yang disangkut talinya pada kedua-dua belah bahu pemain. Pemain menegang dan mengempis kuak ( belos ) . Setiap pergerakan memaksa udara melalui lelidah yang diperbuat daripada logam, membuatkan ia bergetar dan menghasilkan bunyi. | UMUM | |
PERANG BADAR AL-KUBRA | Perang Badar al-Kubra meletus pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa dan merampas harta orang Islam sehingga memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan rumah tangga di Makkah al- Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang jalan perdagangan mereka dari Makkah al- Mukarramah ke Syam. | UMUM | |
PERANG TUJUH MINGGU | Perang Tujuh Minggu juga dikenali sebagai Perang Austria-Prussia, berlaku antara bulan Jun dan Ogos tahun 1866. Austria dan kebanyakan negeri di Jerman bertempur dengan Prussia dan Itali. Otto von Bismark, perdana menteri Prussia menggunakan perang itu sebagai sebahagian daripada kempennya untuk memaksa tentera Austria berundur dari Persekutuan Jerman dan menjadikan Prussia sebagai kuasa mutlak di Jerman. | UMUM | |
SATO, EISAKU | Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun 1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi anugerah itu kerana usahanya mengehadkan penyebaran senjata nuklear. | UMUM | |
CHRISTOPHER, HENRI | Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu membebaskan negara baginda daripada perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat supaya terus bekerja. Christopher, Henri (1762–1820) ialah raja kulit hitam bagi utara Haiti. Baginda membantu membebaskan negara baginda daripada perhambaan dan pemerintahan Perancis. Apabila perhambaan berakhir, baginda memaksa rakyat supaya terus bekerja. | UMUM | Umum |
ZWEIG, STEFAN | Zweig, Stefan (1881–1942), penulis cerita, biografi, sajak, dan novel psikologi Austria yang terkenal. Ceritanya yang paling terkenal termasuk Amok (1922), Conflicts (1927), dan Beware of Pity (1939). Antara biografi terbaiknya ialah Romain Rolland (1921), Marie Antoinette (1932), dan Erasmus of Rotterdam (1934). Zweig lahir di Vienna. Pihak Nazi memaksa Zweig meninggalkan Austria kerana dia berketurunan Yahudi, dan dari tahun 1934 hingga tahun 1940 dia tinggal di London. Dia dan isterinya membunuh diri di Brazil kerana berasa sedih dengan hal-ehwal dunia. | UMUM | |