Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : menumpatkan, memadat­kan, mengasak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mam.pat.kan] | مممڤتکن

Definisi : membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 

Kembali ke atas