Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.nas.kan] | ممانسکن

Definisi : menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau men­capai sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.nas.kan] | ممانسکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DANDANG

Dandang ialah bekas logam untuk memanaskan

cecair hingga berubah menjadi wap. Kebanyakan

dandang memanaskan air menjadi stim wap. Stim

digunakan untuk memanaskan suhu bangunan.

UMUM 
API

Api . Kegunaan terawal api bagi manusia adalah

untuk memanaskan badan. Apabila peradaban

semakin maju, manusia belajar menggunakan api

dengan banyak cara lain. Manusia belajar

menggunakan api untuk memasak makanan,

membentuk senjata dan perkakas, untuk membuat

tembikar daripada tanah liat, dan untuk lampu.

Tetapi manusia awal mempunyai cara yang terlalu

perlahan dan agak tidak memuaskan untuk

menyalakan api.

UMUM 
KETUHAR GELOMBANG MIKRO

Ketuhar gelombang mikro ialah

sejenis perkakas yang memanaskan makanan

menggunakan gelombang radio pendek yang

menembusi makanan itu.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 
KUASA ELEKTRIK

Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik

untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan

dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga

dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen,

peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat

rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di

kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi

alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan

kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan

kereta api dan sistem pengangkutan

bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan

kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu

dan mengeringkan rumput kering.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
TIERRA DEL FEUGO

Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau

yang terletak di luar di hujung paling selatan di

Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah

api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada

tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang

pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini

biasanya memasang banyak unggun api untuk

memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan

ke Pasifik.

UMUM 
TERMOSFERA

Termosfera ialah lapisan paling atas di

atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih

kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480

kilometer di ruang angkasa. Termosfera

mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang

terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan

atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali

lebih rendah daripada tekanan di aras laut.

Termosfera terdedah sepenuhnya kepada

sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan

atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang

tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada

–93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi

1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas

termosfera.

UMUM 
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 

Kembali ke atas