Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.cut] | ممنچوت

Definisi : keluar dgn deras (kerana tekanan), memancar: air ~ dr muka bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.cut] | ممنچوت

Definisi : keluar dgn deras kerana tekanannya tinggi (bkn cecair); memancar: Di setengah-setengah tempat di New Zealand, terdapat air menggelegak ~ berkaki-kaki tingginya ke udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,

Peribahasa

150

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIR PANCUT

Air pancut ialah satu arus air yang naik

memancut secara semula jadi atau tiruan hasil

daripada tekanan.

UMUM 
YOUNG, JAMES

Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris,

yang menjadi perintis dalam industri petroleum.

Pada tahun 1847, dia mula membuat pelincir dan

lilin parafin daripada petroleum yang memancut

keluar di lombong batu arang di Derbyshire.

UMUM 
PANCUTAN AIR PANAS

Pancutan air panas ialah mata air yang

memancutkan air panas dengan tekanan yang kuat

dari semasa ke semasa. Air panas sering kali

memancut dari lubang pancutan air panas dalam

lajur yang besar. Pancutan air panas menarik ramai

pelancong.

UMUM 
ARTERI

Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang

melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke

berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang

dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang

kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa

melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir

melalui arteri yang menghubungkan ventrikel

sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum

lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna

kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah

akan memancut keluar secara bersamaan dengan

degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri

oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung,

bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika

vena terpotong maka darah mengalir daripadanya

dalam aliran yang sekata.

UMUM 

Kembali ke atas