Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.di.kan] | ممنديکن

Definisi : 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menye­lamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, men­curahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi perto­longan (puji-pujian) yg tidak bererti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.di.kan] | ممنديکن

Definisi : 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUSAYBAH BINT AL-HARITH

Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint

al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia

adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang

daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia

memeluk Islam dan memberi baiah kepada

Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang

diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint

Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama

mempelajari kaedah pemandian jenazah

daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama

Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia

bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang

tercedera di samping menyediakan makanan

untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para

tentera di belakang dalam ekspedisi mereka.

Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah

tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah.

UMUM 

Kembali ke atas