SCHREINER, OLIVE | Schreiner, Olive (1855–1920) ialah salah seorang penulis Afrika Selatan yang terkenal. Dia terkenal sebagai perintis yang mengakui dan melayani watak wanita yang sepatutnya ada dalam memanfaatkan landskap Afrika dalam fiksyennya. Oliver Schreiner ialah penulis pertama zaman penjajah yang diterima memasuki dunia kesusasteraan London. | UMUM | |
PEMPROSESAN GAS | Bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan pemprosesan, penghantaran, pengagihan, dan penggunaan gas. Kejuruteraan gas ialah satu bidang yang luas dan mencakupi pelbagai disiplin. Bidang lain yang berkaitan dengan kejuruteraan gas ialah kejuruteraan sivil, mekanikal, elektrik dan kimia. Walau bagaimanapun, kejuruteraan gas dikategorikan sebagai subbidang kejuruteraan kimia. Jika ditinjau dari aspek aktiviti untuk memanfaatkan bahan petroleum, kejuruteraan gas ialah aktiviti bahagian hiliran berbanding bidang kejuruteraan petroleum yang melibatkan aktiviti huluan, iaitu eksplorasi dan pengeluaran bendalir petroleum. Kejuruteraan gas merupakan penghubung antara pengeluar bendalir petroleum dengan pengguna bahan tersebut. Kejuruteraan gas juga merupakan bidang yang kompleks kerana melibatkan orang ramai yang berbeza latar belakang sehingga perlu ditangani dengan sempurna terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan harta benda dan jiwa. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
ZAMAN LOGAM | ZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam. Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat. Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU | KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972. | BAHASA | Penerbitan |