Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Ada rumah tidak berpintu,
     Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
     Mengaum saja tidak menangkap.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKAIAN MELAYU

PAKAlAN MELAYU,  pakaian yang dipakai oleh orang Melayu sama ada lelaki atau wanita.  Maklumat atau dokumen yang menerangkan  pakaian Melayu sejak dahulu memang amat sukar diperoleh.  Namun begitu gambaran tentangnya sering terdapat dalam buku sejarah atau hikayat lama yang secara langsung boleh dijadikan rujukan, walaupun secara samar-samar.

BUDAYAPakaian

Kembali ke atas