Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mang.gil] | ممڠݢيل

Definisi : 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,

Puisi
 

Orang seberang mengutip paku,
     Anak kumbang terayap-rayap;
Orang seberang memanggil aku,
     Hendak terbang tiada sayap.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM 
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
MENARA LOCENG

Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut

campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali

yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara

loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya

segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat.

Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang

berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada

gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk

memanggil orang bersembahyang. Menara serupa

ini juga didirikan di dewan bandar raya yang

berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur

yang menjadi kebanggaan orang ramai.

UMUM 
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM 
BEBAYUH

BEBAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’. Bebayuh merupakan upacara memanggil atau menyeru hantu-hantu yang boleh mendatangkan penyakit.

BUDAYAKonsep
MELAYU MYANMAR

MELAYU MYANMAR, suku kaum yang tinggal di Kepulauan Mergui, Myanmar.  Suku kaum yang terkenal ialah Orang Laut Selung atau dikenal juga sebagai Selone, Selong, Selung, Silong atau Salon.  Kepulauan Mergui terletak di utara laut Andaman dan pantai Tenasserim di selatan Myanmar.  Golongan Selung diketahui menduduki Kepulauan Mergui sejak tahun 1827. Orang Myanmar memanggil mereka orang ‘Pase’.  ‘Pase’ dalam bahasa Myanmar bererti Melayu.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEJARAH NEW ZEALAND

New Zealand, Sejarah . New Zealand

dinamakan oleh seorang pelukis peta Belanda

yang tidak diketahui, selepas jurumudi Belanda,

Abel Tasman mengunjungi kawasan ini pada

tahun 1642. Tasman merupakan orang Eropah

pertama yang diketahui mengunjungi New

Zealand . Tetapi New Zealand sudah dijumpai dan

didiami seribu tahun lebih awal oleh penduduk

Polinesia Timur, mungkin dari Kepulauan Cook

atau Tahiti. Pada pertengahan tahun 1800-an,

keturunan daripada mereka ini menggunakan

nama Maori, daripada ungkapan mereka tangata

maori (orang biasa), untuk membezakan mereka

daripada pendatang asing Pakeha (Eropah) –

peneroka British yang menjajah negara itu pada

waktu itu. Orang Maori memanggil negara

mereka Aotearoa, bermakna negara awan putih

yang panjang, yang dikatakan oleh sesetengah

orang Maori sebagai nama yang mula-mula

digunakan oleh Kupe, penemu legenda negara ini.

UMUM 
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 
SITI MARIAM

SITI MARIAM (1929 -     ), penyanyi.  Dia lahir pada bulan Mac 1929 di Kota Bharu, Kelantan. Siti Mariam mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Padang Garong, kemudian Sekolah Merbau hingga tamat Darjah Empat.  Siti Mariam yang mewarisi bakat seni suara daripada nenek sebelah ayahnya mula menyanyi di majlis-majlis keramaian sejak kecil.  Dia banyak mendapat bantuan daripada ayahnya, Asaad Shukri bin Haji Muda.  Ayahnya seorang penggerak budaya yang terkenal di Kelantan pada masa itu, telah menyedari bakat anak gadisnya dan terus memanggil guru untuk mengenalkan muzik secara teratur kepada anaknya.  Dia dilatih dan dibimbing oleh seorang pemuzik dari pasukan polis.

BUDAYATokoh
SYARIP USMAN

SYARIP USMAN ( ? - ?), penentang penjajahan British di Sabah. Syarip usman ialah seorang pengembara berketurunan Arab. Beliau menjadi pemimpin kumpulan pengembara di Teluk marudu, Sabah. Walaupun berpangkalan di Teluk Marudu, tetapi beliau juga amat berpengaruh di Labuan, Balambangan dan Brunei. Beliau dan pengikutnya menjelajahi Asia Tenggara. Pedagang British, Belanda dan Sepanyol yang berdagang di perairan Borneo memanggil Syarip Usman dan pengikutnya sebagai lanun. Pengaruh dan kuasa Syarip Usman bertambah apabila beliau berkahwin dengan adik Sultan Muda, Sulu. Syarip Usman juga mendapat bantuan dan galakan daripada penduduk tempatan, antaranya Pangeran Usop, bapa saudara Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas