Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mang.ku] | ممڠکو

Definisi : 1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mang.ku] | ممڠکو

Definisi : 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangku
Kata Terbitan : memangku, pemangku,

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Asyik memangku tangan,
     mati dalam angan-angan.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZHAO ZIYANG

Zhao Ziyang (1919–2005), juga dieja Chao Tzuyang,

menjadi setiausaha agung Parti Komunis

China semenjak bulan November 1987 hingga

bulan Jun 1989. Dia memangku jawatan setiausaha

agung semenjak bulan Januari 1987.

UMUM 
SOAMES, LORD

Soames, Lord (1920 –1987) ialah tokoh politik

Konservatif Inggeris yang memegang jawatan

sebagai presiden majlis bandaran dari tahun 1979

hingga tahun 1981. Pada tahun 1979 dan tahun 1980

dia memangku jawatan Gabenor Zimbabwe

semasa negara tersebut melalui tempoh peralihan

mendapat kemerdekaan yang sah. Soames

mendapat pendidikan di Eton College dan Royal

Military College, Sandhurst. Pada tahun 1950, dia

menjadi ahli parlimen dan memegang jawatan

kanan dalam kerajaan dari tahun 1958 hingga tahun

1964. Dia dilantik sebagai duta ke Perancis dari

tahun 1968 hingga tahun 1972. Soames ialah

Pesuruhjaya Kesatuan Eropah dari tahun 1973

hingga tahun 1977.

UMUM 
ABDULLAH MUNSYI

Abdullah Munsyi (1796–1854), penulis Malaysia.

Dia digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden”

berdasarkan hasil karya pentingnya Kisah Pelayaran

Abdullah (1849). Nama sebenarnya ialah Abdullah

bin Abdul Kadir, berketurunan Arab dan India. Dia

lahir di Kampung Pali, Melaka dan mendapat

gelaran “munsyi” sewaktu mengajar bahasa Melayu

kepada askar-askar Kerajaan Inggeris berbangsa

India di Melaka. Selain menjadi guru bahasa,

Abdullah  menjadi guru agama, penterjemah,

wartawan, dan jurutulis kepada pemerintah Inggeris.

Malah dia pernah diberi kepercayaan untuk

memangku tugas Pengetua Anglo-Chinese College

apabila pengetua kolej ketika itu pulang ke England.

UMUM 

Kembali ke atas