ZION | Zion, nama sebuah bukit yang memanjang di bahagian timur bandar Baitulmaqdis di Palestin. Pada zaman dahulu bukit ini dikenali sebagai Sahyun, sebagai tanda sebahagian daripada bandar yang didiami oleh orang Arab al- Yabusiyyun, iaitu penduduk bandar Yabus yang tercatat kewujudan mereka pada zaman dahulu. | UMUM | |
GETAH SINTETIK | Bahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
SEPAT BUNGA | Sepat bunga ialah nama bagi lebih kurang 25 spesies ikan yang kecil, memanjang yang terdapat di perairan tropika dan panas. Kebanyakan sepat bunga lebih kurang 15 sentimeter panjangnya, mempunyai sirip dorsal yang panjang dan sirip dubur yang panjang, yang bertemu di hujung ekor yang runcing. | UMUM | |
SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |
PERGUNUNGAN ROCKY | Pergunungan Rocky ialah sistem pergunungan terbesar di Amerika Utara. Rangkaian Pergunungan Rocky memanjang lebih 4800 kilometer merentasi Amerika Syarikat dan Kanada. Luasnya di sesetengah tempat lebih kurang 560 kilometer. Di Amerika Syarikat, Pergunungan Rocky menganjur sehingga ke New Mexico, Colorado, Utah, Wyoming, Idaho, Montana , Washington, dan Alaska. Pergunungan Rocky Kanada pula terbentang ke wilayah-wilayah Alberta dan British Columbia, dan Wilayah Barat Laut dan Wilayah Yukon. | UMUM | |
TIAN SHAN | Tian Shan, juga dieja Tien Shan,ialah banjaran gunung di Asia Tengah. Ia memanjang sejauh 2400 kilometer ke timur laut dari Pergunungan Pamir (lihat Pamir ). Ia merentang ke barat laut China. Tian Shan bermaksud Gunung Indah. Ia merupakan sistem pergunungan yang tertinggi di utara Tibet. Puncak Pobeda, setinggi 7439 meter di atas aras laut, ialah puncaknya yang tertinggi. Banyak sungai mengalir ke utara dari Tian Shan ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan, dan ke selatan memasuki China. Sistem pergunungan ini mempunyai beberapa glasier yang terbesar di dunia. Jalan-jalan yang melalui genting merentas banjaran Tian Shan. Untuk lokasi, lihat Asia (peta rupa bumi). | UMUM | |
TEGUCIGALPA | Tegucigalpa (pend. 571 400) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Honduras. Bandar ini terletak memanjang di tebing Sungai Choluteca di kawasan bergunung-ganang di bahagian selatan tengah Honduras (lihat Honduras [peta]). | UMUM | |
SIATIKA | Siatika ialah rasa kesakitan di sepanjang saraf siatik. Saraf siatik ialah saraf yang memanjang ke bawah dari pelvis hingga ke belakang kaki. Saraf yang besar ini mengawal deria rasa dan pergerakan pada kaki. | UMUM | |
KORDUROI | Korduroi ialah kain kapas atau kain kapas campuran yang bertetulang timbul memanjang. | UMUM | |
PERGUNUNGAN CARPATHIAN | Pergunungan Carpathian ialah sebahagian daripada sistem pergunungan yang utama di kawasan tengah Eropah. Pergunungan ini memanjang sehingga kira-kira 1500 kilometer di sepanjang sempadan Slovakia-Poland dan ke Romania . Kebanyakan daripadanya terletak di Slovakia dan Romania. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta bentuk muka bumi). Aras yang paling tinggi ialah Gerlachovsky Sˇtit (2655 meter) di Gunung Tatra Slovakia dan Rysy (2499 meter) di Poland. | UMUM | |