Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik Austria menandatangani Perjanjian St. Germain pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat dan negara gabungan menandatangani perjanjian ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya Romania dan juga negara yang kemudiannya dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara Berikat yang melambat-lambatkan proses menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya dipujuk untuk menandatangani dokumen ini. Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920. |