Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tap.kan] | ممنتڤکن

Definisi : menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tap.kan] | ممنتڤکن

Definisi : menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGOVIA, ANDRÉS

Segovia, Andrés (1893–1987) ialah pemain gitar

klasik tahun 1900-an yang paling berpengaruh.

Segovia telah membantu memantapkan teknik

moden bermain gitar dan bertanggungjawab

meningkatkan status gitar sebagai alat solo dalam

muzik klasik.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
SULUKSULUK, suku kaum Sabah yang berasal dari Kepulauan Sulu.  Istilah Suluk juga kadangkala dieja sebagai Sooloo atau Sulu.  Orang Suluk di Sabah berasal dari pantai timur laut Mindanao, Filipina.  Pada sekitar tahun 1200, berlaku penghijrahan orang Suluk ke Kepulauan Sulu melalui hubungan mereka dengan para pedagang Bajau-Sama yang berasal dari Johor.  Menjelang awal abad ke-17, orang Suluk memantapkan kedudukan mereka di Sulu hingga dapat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Sulu pada abad ke-17 dan abad ke-18.  Orang Suluk dipercayai tiba di negeri Sabah pada sekitar 200 tahun dahulu bersama-sama kumpulan lain dari selatan Filipina seperti orang Bajau, Iranun dan Obian.  Mereka juga digelar sebagai Orang Laut kerana corak hidup mereka yang gemar belayar.BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas