Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : menempatkan bubu dlm air utk menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasang3
Kata Terbitan : berpasang-pasang, memasang,

Puisi
 

Budak-budak memasang rakit,
     Baik-baik terkena jari;
Bubu dipasang kurang himpit,
     Dilanggar roboh sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURGERI POKOK

Surgeri pokok ialah penjagaan pokok,

terutamanya dengan memangkas, memasang

pendakap, menampal lubang dan membuang kayu

reput. Surgeri pokok secara besar-besaran

memerlukan ahli surgeri pokok yang pakar dalam

kaedah berkenaan. Ahli surgeri pokok juga

merawat luka dan cedera pada pokok. Mereka

menyembur pokok dengan bahan kimia untuk

melindunginya daripada serangga dan penyakit

dan mereka memberikan baja dan lembapan yang

betul untuk pokok. Banyak komuniti menggaji ahli

surgeri pokok untuk merawat pokok di taman dan

kawasan rekreasi.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 
ALAT MENGUJUT

Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia

pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam

upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan

menempatkan pesalah di atas kerusi dan

memasang alat mengujut di lehernya. Alat

mengujut yang dipasang pada tiang besi yang

terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat

dengan menggunakan skru sehingga pesalah

lemas.

UMUM 
PASUNG

Pasung ialah alat yang pernah digunakan untuk

menghukum pesalah yang melakukan kesalahan

kecil. Ia terdiri daripada binaan kerangka kayu

yang dilubangkan untuk memasang tangan dan

kepala pesalah.

UMUM 
MEMBACA

Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan

makna daripada perkataan bercetak atau bertulis.

Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan

satu daripada kemahiran yang paling penting

dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah

kunci kepada semua jenis maklumat. Ia

membolehkan kita mempelajari cara membina

atau memasang benda, menikmati cerita,

mengetahui kepercayaan orang lain, melatih

imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina

idea dan kepercayaan kita sendiri.

UMUM 
KELVIN, LORD

Kelvin, Lord (1824–1907) atau nama sebenarnya

William Thomson adalah salah seorang daripada

ahli fizik British yang terkemuka pada tahun 1800–an.

Kelvin telah menerbitkan 661 kertas kerja mengenai

pelbagai subjek saintifik dan dia mempatenkan 70

rekaannya. Kelvin dianugerah darjah kesusasteraan

oleh Ratu Victoria kerana usahanya sebagai jurutera

elektrik yang bertanggungjawab memasang kabel

transatlantik yang pertama pada tahun 1866.

UMUM 
TIERRA DEL FEUGO

Tierra del Feugo ialah nama gugusan pulau

yang terletak di luar di hujung paling selatan di

Amerika Selatan. Tierra del Feugo bermaksud Tanah

api. Nama ini diberi oleh Ferdinand Magellan pada

tahun 1520 kerana dia ternampak api di sepanjang

pantai. Ketika penduduk asli yang tinggal di sini

biasanya memasang banyak unggun api untuk

memanaskan diri, Magellan sedang mencari laluan

ke Pasifik.

UMUM 
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (1816–1892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM 
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan

Kembali ke atas