Makmal Kebangsaan Los Alamos, di Los Alamos, New Mexico, adalah salah sebuah institusi penyelidikan yang terkemuka di dunia. Institusi ini terlibat terutamanya dalam penyelidikan penggunaan sains dan teknologi untuk menangani masalah yang berkaitan dengan keselamatan negara Amerika Syarikat. Aktiviti di makmal ini termasuklah pembangunan kepala peledak nuklear, pengeluaran dan pengujian bahan nuklear, dan penciptaan reka bentuk senjata baharu. Makmal ini juga bertanggungjawab membangunkan teknologi yang dapat digunakan dalam pengesahan bahawa negara-negara lain mematuhi perjanjian mereka untuk mengawal pengeluaran senjata. Penyelidikan lain yang dilaksanakan oleh makmal ini tertumpu kepada bidang seperti fizik nuklear, pembekalan tenaga oleh Amerika Syarikat, dan pembuangan sisa nuklear. |