KALKULATOR | Kalkulator ialah peranti yang digunakan untuk menambah, menolak, mendarab, dan membahagi dengan lebih tepat dan cepat. | UMUM | |
MESIN JUMLAH | Mesin jumlah ialah alat yang mencampurkan angka. Ia juga boleh digunakan untuk mendarab dan membahagi, tetapi kalkulator melakukan semua kerja ini dengan lebih pantas. Mesin jumlah digunakan terutamanya untuk mencampurkan lajur-lajur angka. | UMUM | |
KROMOSOM | Kromosom ialah struktur bak benang yang terdapat dalam sel kesemua organisma. Kromosom boleh dilihat melalui mikroskop sebagai zarah hanya apabila sel bersedia untuk membahagi kepada dua sel. | UMUM | |
BAHAGI TIGA | Bahagi tiga, perjanjian membahagi hasil pertanian, sama ada padi atau getah, antara pemilik tanah dengan seorang pengerja tanah. | BUDAYA | Konsep |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR | TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR ( ? - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |