PERTUKANGAN KAYU | Pertukangan kayu ialah membuat dan membaiki struktur kayu. Di sesetengah negara, seperti United Kingdom dan New Zealand, dua jenis tukang berasingan melakukan kerja ini – tukang kayu dan tukang tanggam. | UMUM | |
KANTA SENTUH | Kanta sentuh ialah peranti yang digunakan untuk membaiki rabun jauh atau rabun dekat. | UMUM | |
MEKANISME SERVO | Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri menggunakan mekanisme servo untuk mengawal mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan senjata pada kapal perang dengan menggunakan maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan peluru berpandu yang sedang mengikut haluan. | UMUM | |
PATERI | Pateri ialah sejenis logam aloi yang digunakan untuk mencantumkan permukaan (lihat Aloi). Ia juga digunakan bagi membaiki objek logam. | UMUM | |
MAKANAN | Makanan adalah satu daripada keperluan kita yang paling asas. Kita tidak dapat hidup tanpa makanan. Makanan memberikan kita tenaga untuk segala-gala yang kita lakukan – berjalan, bercakap, bekerja, bermain, membaca, berfikir dan bernafas. Makanan juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh saraf, otot, jantung dan kelenjar untuk berfungsi. Di samping itu, makanan membekalkan bahan berkhasiat yang diperlukan oleh badan untuk membina dan membaiki tisu dan untuk mengawal organ dan sistem badan. | UMUM | |
JARATAN | JARATAN, kota pelabuhan di Jawa Timur pada abad ke-17. Jaratan merupakan pelabuhan kedua penting selepas Gresik. Pelabuhan Jaratan mempunyai dermaga dan bengkel membaiki kapal. Kapal yang berat muatannya antara 40 tan hingga 100 tan dapat berlabuh di sini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULGRAVE MANOR | Sulgrave Manor ialah sebuah estet di Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai tempat tinggal nenek moyang George Washington, presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence Washington membina rumah manor tersebut pada tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun perdamaian antara Great Britain dengan Amerika Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut dengan perabot dan membaiki bahagian dalam bangunan itu. | UMUM | |
PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU | PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok. Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu. Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SENI UNTUK MASYARAKAT | SENI UNTUK MASYARAKAT, konsep yang mementingkan setiap karya atau hasil seni kreatif imaginatif seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni lakon dan lain-lain yang dihasilkan harus mempunyai arah, fungsi dana amanat yang jelas. Pengarang menghasilkan karya yang berhubungan dengan masyarakat bawahan. Dengan itu, pengarang berharap pembaca akan dapat menghayati pemikiran dalam karya yang dihasilkan demi meningkatkan taraf hidup dan membaiki nasib diri mereka terutama dalam aspek sosioekonomi dan sosiopolitik. | SASTERA | Konsep |