Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ku.kan] | ممباکوکن

Definisi : menjadikan baku (standard), menstandardkan: usaha-usaha ~ ejaan Rumi bahasa Melayu; ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ku.kan] | ممباکوکن

Definisi : menjadikan baku: Banyak usaha yg telah dilakukan utk ~ sebutan kata dlm bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membakukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA

JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA, badan bahasa yang pada mulanya ditubuhkan dengan nama Jawatankuasa Ejaan pada bulan April 1981 di bawah Kementerian Kebudayaan. Antara bidang tugas Jawatankuasa Ejaan ini termasuklah membakukan ejaan bahasa Melayu di Singapura.

           

BAHASAInstitusi/Organisasi
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa

Kembali ke atas