MEMBALING TUKUL BESI | Membaling tukul besi, acara padang yang menggunakan sejenis bola besi yang diikat pada dawai besi. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
OLAHRAGA | Olahraga ialah sukan yang menemukan olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan dalam acara melompat atau membaling. Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki dan perempuan bertanding berasingan dalam sesuatu acara olahraga. | UMUM | |
MENJUGEL | Menjugel ialah membaling dan menangkap lebih daripada satu objek dengan satu tangan, atau tiga atau lebih objek dengan menggunakan dua tangan. Penjugel selalunya menggunakan bola, gelung atau belantan berbentuk pin boling. | UMUM | |
POLO AIR | Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba menjaringkan gol dengan membaling atau menolak sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan. Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang paling lasak kerana pemain menendang dan bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut menyalahi peraturan. | UMUM | |
MEREJAM LEMBING | Merejam lembing. Acara padang yang memerlukan seseorang peserta membaling lembing sejauh yang mungkin ke dalam kawasan mendarat. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936– ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |