DADAISME | Dadaisme ialah gerakan bantahan dalam seni, yang dibentuk pada tahun 1916 oleh sekumpulan pelukis dan pemuisi di Zurich, Switzerland. Dadais membantah apa yang mereka percaya ialah konsep yang telah ketinggalan zaman dalam seni, dan kejahatan yang mereka lihat berlaku dalam masyarakat. | UMUM | |
REFORMASI | Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun 1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian, Protestanisme lahir di Eropah. | UMUM | |
PARTI-PARTI UNIONIST | Parti-parti Unionist (Kesatuan) di Ireland Utara ialah parti politik yang menyokong supaya kesatuan (hubungan politik ) antara Ireland Utara dengan Great Britain dikekalkan. Ahli Unionist menyokong kuat kemasukan Ireland Utara ke dalam United Kingdom dan membantah sebarang perubahan politik yang boleh menyebabkan Ireland Utara menjadi sebahagian daripada Republik Ireland. | UMUM | |
TINGKAH LAKU KOLEKTIF | Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang bertindak semasa berada dalam kumpulan orang ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan. Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan membantah dan malapetaka. | UMUM | |
DERHAKA | DERHAKA, istilah sosiobudaya dan budaya politik masyarakat Melayu yang bermaksud menafi, menentang, membantah, menidakkan atau melakukan perbuatan atau tindakan kontra terhadap pihak yang lebih tinggi taraf atau kedudukan batang tubuh serta peribadi seseorang, pemegang kuasa atau wibawa dalam sesebuah organisasi sehingga ke peringkat kerajaan, negeri dan negara. Bertentangan dengan derhaka adalah patuh, taat dan setia kepada pihak berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |