Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tut.kan] | ممبنتوتکن

Definisi : menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dgn menimbulkan halangan atau rintangan: apa halangan yg telah ~ perniagaan mereka? rasuah akan ~ usaha pembangunan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tut.kan] | ممبنتوتکن

Definisi : menyebabkan jadi terhalang; menyekat; menghalang: Rasuah akan ~ usaha pembangunan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantutkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RENTAP

RENTAP (? - ?  ), pejuang anti-British. Rentap berasal dari Skrang, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Dia memimpin orang-orangnya menentang pemerintahan dan dasar yang diperkenalkan oleh James Brooke pada tahun 1840-an. Baginya dasar James Brooke yang menghalang kebebasan hidup masyarakat Iban yang berpindah dari satu kawasan ke satu kawasan yang baharu bererti membantutkan cara hidup masyarakat Iban yang gemar berhuma. Rentap dan rakan-rakannya menentang dasar pemerintahan  Brooke demi mengekalkan cara hidup mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas