Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ri.si] | ممباريسي

Definisi : 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ri.si] | ممباريسي

Definisi : berbaris di; mendereti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membarisi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANGIER

Tangier (pend. 266 346), juga dieja Tanger, ialah

bandar di kawasan pantai utara Maghribi. Ia terletak

di sepanjang Selat Gibraltar yang menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean. Untuk

lokasi, lihat Maghribi (peta). Tangier adalah ibu

negeri wilayah Tangier. Ia merupakan pelabuhan

kedua terpenting di Maghribi selepas Casablanca

dan pelabuhan utama untuk kapal penumpang. Dari

laut, bandar ini kelihatan seperti amfiteater, dengan

rumah-rumah putih membarisi bukitnya.

UMUM 
ASHGABAT

Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara

Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali

sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di

gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat

Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat

musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948.

Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang

rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di

Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari

Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724

kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan

yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua

belah jalan.

UMUM 

Kembali ke atas