Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. pergi melarikan diri. b. menjaga serta menyesuaikan diri dgn keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa diri

Puisi
 

Sayang ke barat Pulau Peringgi,
     Buah padi buah jeranang;
Saya melarat membawa diri,
     Sebab membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Terlampau lurus,
     kurus;
terlampau cerdik terkedik.

Bermaksud :

Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
SPALLANZANI, LAZZARO

Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli

eksperimen biologi Itali yang membuktikan

bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga

membuktikan bahawa hidupan seni di dalam

makanan boleh dibunuh apabila direbus.

Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel

bakteria yang diasingkan membahagi. Dia

mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat

mengelak tali apabila terbang, dan cicak

salamander boleh mengeluarkan anggota baru

untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di

Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja

Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University

of Padua.

UMUM 
BERTAPA

BERTAPA,  usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang.  Bertapa juga disebut ‘tapa’ yang membawa makna yang serupa.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM 
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM 

Kembali ke atas