MEMBELAH KAYU | Membelah kayu ialah sejenis sukan pertandingan yang popular di Australia dan New Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu termasuk peserta dari luar negara. Badan yang menguruskan pertandingan itu di Australia ialah Persatuan Pengapak Kayu Australia. | UMUM | |
MIKA | Mika ialah nama sekumpulan mineral yang mengandungi atom aluminium, oksigen dan silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper. Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia membelah dengan licin kepingan atau lapisan menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh, mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau ungu. | UMUM | |
KACIP | KACIP, alat untuk membelah dan menghiris pinang yang biasanya diletakkan dalam tepak sirih. Kacip dapat dibahagi kepada tiga bahagian penting, iaitu kepala, badan dan pemegang. Kacip berfungsi seperti gunting tetapi bentuknya berbeza-beza. Kacip mempunyai dua badan yang berasingan yang dicantum menggunakan kancing yang dimeteri di hujung atau kepala kacip. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PARANG | PARANG, sejenis senjata pendek yang digunakan untuk membelah, menebang pokok-pokok kecil, memotong, melapah daging, menakik pokok untuk membuat tanda dan sebagainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ASMA' BINT ABU BAKAR AL-SIDDIQ | Asma' bint Abu Bakar al-Siddiq (27 S.H.–73 H./595–692 M.) ialah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menggelarkannya Zat al-Nitaqayn yang bermaksud “yang mempunyai dua tali pengikat”, kerana dia menyediakan makanan untuk ayahnya, Abu Bakar r.a. dan Rasulullah s.a.w. ketika mereka berhijrah ke Madinah. Oleh sebab tidak terdapat sebarang tali untuk mengikat bekas minuman, Asma’ terpaksa membelah tali pinggangnya kepada dua bahagian dan mengikat bekas minuman tersebut. | UMUM | |
STRASSMANN, FRITZ | Strassmann, Fritz (1902–1980) ialah ahli kimia Jerman. Usahanya bersama Otto Hahn, ahli kimia Jerman, dan Lise Meitner, ahli fizik nuklear Austria, membawa kepada penemuan pembelahan nuklear (pemecahan nukleus atom). Pada tahun 1938, Strassmann dan Hahn mendapati bahawa pembedilan atom urnium dengan neutron menghasilkan unsur barium (lihat Barium). Meitner dan Frisch, ahli fizik Austria, Otto Frisch pada tahun 1939, menjelaskan bahawa neutron telah membelah nukleus uranium, menghasilkan nukleus barium dan unsur-unsur lain. | UMUM | |
SIKIN | SIKIN, senjata Melayu yang merupai sebilah parang biasa. Sikin dipercayai berasal dari Pahang dan digunakan oleh kaum wanita untuk membelah, memotong dan meraut daun mengkuang. Mata sikin digunakan untuk memotong dan belakangnya digunakan untuk menarik dan mengumpulkan daun-daun yang sudah bercerai. Ini boleh dilakukan dengan senang oleh sebab bentuk belakang sikin berkelok-kelok. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PERAK | PERAK, negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia, terletak di antara garisan bujur 10030’ Timur dan 10145’ Timur dan di antara garisan lintang 340’ Utara dan 550’ Utara. Perak di sempadani oleh Selangor di selatan; Pahang dan Kelantan di timur; Kedah, Pulau Pinang dan Thailand di utara; dan Selat Melaka di baratnya. Luas Perak ialah lebih kurang 21 005 kilometer persegi, termasuklah sebahagian besar dataran pantai barat. Sungai Perak yang menjadi fokus perkembangan penghidupan mengalir sejauh 406 kilometer ke selatan dan membelah Banjaran Keledang di timur dan Banjaran Bintang di barat sebelum meliku ke barat di Teluk Intan dan bermuara di Selat Melaka. | UMUM | |
ADAT KELAHIRAN | ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi. | BUDAYA | Konsep |